Ally Brooke
Ally Brooke

Ally Brooke

Allyson Brooke Hernandez (lahir 7 Julai 1993) ialah seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan Fifth Harmony. Brooke mula bergerak secara solo pada 2017, muncul dalam lagu Lost Kings "Look at Us Now" dengan rapper ASAP Ferg pada tahun 2017 dan berkolaborasi dengan DJ Topic menerusi single "Perfect" pada tahun 2018. Beliau menyanyikan medley lagu-lagu dari filem pemenang Anugerah Akademi di permaidani merah pra-persembahan E! News di Anugerah Akademi ke-90. Selepas Fifth Harmony memutuskan untuk rehat pada Mei 2018, Brooke menandatangani kontrak rakaman bersama Atlantic. Beliau melancarkan "Vámonos", sebuah kolaborasi dengan Kris Kross Amsterdam dan Messiah pada November 2018. Pada Januari 2019, Brooke melancarkan "Low Key" yang menampilkan Tyga, single pertama dari album solo sulungnya yang akan datang pada 2020.[3] Beliau bersaing di musim 28 Dancing with the Stars dan berada di kedudukan ke-3 bersama rakannya Sasha Farber.